Tanah Melayu Bertuah...
Sekarang jam 2.30am 27disember 2009 dikesempatan cuti hujung tahun yang singkat paktuan masih lagi mengambil peluang bercuti bersama keluarga kali ini dikota singapura..negara berjiran paling hampir dengan malaysia bumi bertuah.
dalam keheningan dan kedinginan lewat malam ketika ini, kota singapura masih lagi bergermerlapan riuh dengan hiruk pikuk warga kota melayari malam tanpa sempadan tika hujung minggu krismas. Paktuan juga berkesempatan untuk bersama keluarga dengan semangat 1malaysia merayakan sambutan krismas disingapura,sambutan disingapura amat dan terlalu meriah..berduyun duyun warga kota singa menyusuri orchard road berpekik dan menari nari merry cristmas suasana ini amat menakjubkan dan jarang ataupun tidak pernah berlaku di kuala lumpur.
itulah yang digambarkan oleh kota singa ini, sebuah negara yang bertamadun maju progresive dan berdaya saing yang tinggi, kalau di bandingkan secara 'apple to apple' dengan malaysia umpama langit dengan bumi. jika pembaca berkesempatan berada disini, pabila menjejakan kaki di tanah kota singa ini, umpama kita berada mungkin dijepun,taiwan ataupun korea kerana rakyatnya yang berdisiplin, sistem kotaraya metropolitannya yang begitu tersusun, kotaraya yang bersih dan undang-undang yang being 'well observed'.

Singapura,dalam sejarahnya sebahagian daripada jajahan kesultanan melayu melaka, kemudian dalam episod kegemilangan empayar melayu johor-riau, pernah dikenali sebagai temasik dan terkenal oleh cerita rakyt 'Singapura dilanggar todak'. sehingga raffles datang membuat perjanjian memperdaya sultan johor ketika itu akhirnya membuka singapura pada tahun 1819. semenjak itu singapura mula berkembang pesat membangun diletakkan dibawah straits settlement oleh british.Semua rakyat singapura mendapt tempias yang berganda-ganda, makmur aman sentosa. paktuan juga berpendapat budaya kemelayuan juga mula didokumentasikan secara visual di Singapura iaitu melalui perfileman era kegemilangan jalan Ampas dimana lahirnya seniman agung P Ramlee. pernah juga menjadi sebahagian daripada malaysia sehingga membawa haluan sendiri pada tahun 1965 kalau tak salah paktuanlah..TAhniah untuk bapa pemodenan Singapura Mr Lee Kuan Yew kerana berjaya membawa Singapura hingga ke mercutanda dunia kemuncak yang diidam-idamkan oleh pelbagai pemimpin mana-mana negara termasuk malaysia.

Sememangnya kita sebaiknya berbangga kerana Singapura juga adalah sebahagian daripada Tanah Melayu, pernah dinobatkan antara 'one of the best city in the world'. Atas semangat serumpun paktuan cuba untuk sama-sama merasa nikmatnya,tetapi tiba-tiba terasa amat janggal dan terasing...masih pak tuan tanya-tanya kenapa?? cuba mencari jawaban dan akhirnya mendapat kesimpulannya...dengan dada yang sebak dan luluh dan secara insafnya paktuan berpendapat banyak pengorbanan dan airmata jatuh membasahi bumi bertuah Tanah Melayu Singapura.
TAPI DIMANA ORANG MELAYU SINGAPURA???, paktuan menyusuri perjalanan daripada orchard road mencari orang berkulit sawo matang, dalam celah celahan ribuan manusia opera, adalah tompok tompok sawo matang cba mengukir senyuman...perjalananan diteruskan ke
laupasat(shenton road) tompokan sawo matang pula makin banyak memenuhi lorong itu ohh, disinila sawo matang berkumpul dan meneruskan perjuangan dengan berpaksikan tema'its all about satay' masih membuka warung menjual satay dan menjadi tumpuan pelancong umpama muzium.setelah kenyang dengan satay sempat jugak berbual dengan saudagar satay di sini dengan panggilannya kingbob atau nama sebenarnya borhan parawes, katanya sawo matang banyak diarea gaylang, ayuh jom kita lihat,paktuan menyusuri la geylang, sebuah kawasan penempatan yang kalau dilihat agak usang dan lama..pekan lama la katakan, bertanyakankan pemandu teksi geylang ini kawasan geylang ini kawasan orang melayu ya? lantas dijawabnya ya ramai disini..tapi...disini juga tempat tumpuan kerana tempat ini telah digazzete secara sah dan legal sebagai 'red light district(RLD)' di singapura...(para pembaca RLD adalah kawasan pelacuran) Nauzubillah!!! memang sungguh ramai seperti pasar borong ikan, tawar menawar dan jual beli berlaku.

HMM....merenung sejenak paktuan memikirkan bagaimana?,mengapa?,bila?dimana?siapa?? berkecamuk.....mungkinkah ini akan terjadi di Malaysia? kenapa tidak? evolusinya pak tuan kira sudah mula berlaku...
Singapura sesudah keluar dari gagasan Malaysia, telah mula memperjuangkan kesamarataan...Malaysia for Malaysian mainan DAP dimalaysia sudah lama berjaya dilakukan di Singapura oleh abang sulungnya parti PAP(people Action Party) pimpinan legasi Lew kuan Yew. Tiada model ekonomi umpama DEB di Singapura...maju sungguh kalau diukur dek pecapaian Singapura hari ini...tapi apa terjadi tuan Tanah Melayu Singapura ini? ooooo...ada ada tuu dok jual satay, tuu pelayan restoran, tuu pencuci tandas, tuu pencuci pinggan, tuuu pengemis buta, tuuu pelacur jalanan.......apa yang tinggal hanya lagu kebangsaan singapura dalam bahasa melayu Majulah Singapura.

janganlah menganggap penulisan ini sebagai rasist dan seumpamanya kerana paktuan merasakan ini bukan acuan kontrak sosial yang ditinggalkan oleh nenek moyang pejuang kita.janganlah kerana sandiwara dan laungan atas nama keadilan sosial satu-satunya hak kita tergadai. Islam memanglah menuntut keadilan tak kira bangsa dan agama buktinya orang melayu singapura tetaplah islam keturunan mereka juga kebanyakan masih juga islam tapi mahukah kita menjadi islam yang hanya mampu melihat dan tidak berkuasa menentukan apa-apa. sama-samalah kita renungkan demi anak cucu kita...

Singapura maju terkenal didunia,
menjadi siulan serata negeri,
rakyatnya majmuk aman sentosa,
Melayu hilang membawa diri.





wasalam...cacatan ikhlas dari singapura 4.00am.
5 Responses
  1. Psimaster Says:

    Amin...PG dan dekat nak jadi dah tu


  2. DukeOfUMNO Says:

    Pak Tuan tau dak saya benci Singapork? Dan malangnya..KP & Ex-PM kita ni favor kat S'pork ni...favor kat depa tu macam favor kat DAP lah jugak kiranya...nasib baik "sorang" dah turun...tinggai sorang lagi...harap2 turun lah jua selepas ni...heheh..aminnn..


  3. DukeOfUMNO Says:

    Pak Tuan tau dak saya benci Singapork? Dan malangnya..KP & Ex-PM kita ni favor kat S'pork ni...favor kat depa tu macam favor kat DAP lah jugak kiranya...nasib baik "sorang" dah turun...tinggai sorang lagi...harap2 turun lah jua selepas ni...heheh..aminnn..


  4. Anonymous Says:

    semoga keinsafan paktuan ni dapat dibawa untuk iktibar kepada pemuda UMNO di bahagian paktuan.
    fikirlah untuk malayu Malaysia ni tak jadi macam singapore,paktuan sebagai salah sorang pemimpin kena buatlah sesuatu macam mana nak bagi pemuda bahagian paktuan khususnya akan kesedaran untuk mempertahankan ketuanan bangsa melayu
    janganlah paktuan hanya pandai menulis tanpa tindakan susulan kerana paktuan adalah pemimpin dan sebagai pemimpin hendaklah bijak memimpin dengan kuasa yang ada kat paktuan tu,
    harap-harap tak jadi macam yang sudah-sudah kerana kami dibawah ni dah muak dengan perangai pemimpin di atas yang tak tau nak memimpin.


  5. Hello Everybody,
    My name is Mrs Sharon Sim. I live in singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com)Thank you


    LOAN APPLICATION FORM:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....

    Contact Us At :urgentloan22@gmail.com

    ReplyDelete


  • Followers