Salam 1 malaysia dan salam maal hijrah 1431...
alhamdullillah dikala ini tuhan masih memeberikan paktuan kesempatan dan iltizam untuk saya mula menulis semula...jutaan maaf dipohon pada semua pembaca dan rakan bloggers kerana sudah lebih 4 bulan paktuan tidak update tentang issue dan political scene bumi malaysia.Menghilang mungkin akibat dari leka dengan urusan dunia...hehehe, tapi kembali terjaga kerana terkesima melihat semangat rakan-rakan bloggers yang api semangat mereka terus menyala dalam wadah dan konteks perjuangan mereka yang tersendiri...
walhal apapun,paktuan ingin ucapkan tahniah kepada rakan-rakan bloggers utara yang telah bersusah payah hadir di perjumpaan bloggers utara kali 2 walaupun tidaklah ramai kerana mungkin keadaan dan masa tidak mengizinkan tetapi diskusi dan pertukaran pandangan yang diberikan amatlah membina demi melaksanakan agenda bloggers utara dibumi utara yang terjajah...tengkiu pelantaq hujah,duke,merbok times,bapak III, bicara kedah, group KMU, genX group dan lain-lain yang tak disebutkan disini..
Disini juga paktuan mengambil kesempatan untuk turut bersama-sama mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1431 semoga tekad dan iltizam kita semua akan terus mengakar kukuh dalam merealisasi agenda kita yang tersendiri...jadi sukalah paktuan disini ingin lah nak beletiaq skit bab hijrah ni kat umno kedah..dah dah la bermimpi,mamai dan mamun mulakanlah menunjukkan impak dalam gerakan massa dinegeri kedah..mana menghilang semangat perhimpunan agung 2009, mana menghilang BN menang Kedah senang...dasar yang letakkan sudah ada tapi apa yang paktuan lihat tiada gerakan atau gerak kerja yang bersepadu pada UMNO kedah...
PEMUDA UMNO KEDAH mana pi????? sunyi diam lesu umpama lalok dok kena ayaq daun ketum pun..tolonglah banyak isu isu dikedah yang perlukan keprihatinan pemuda, sepatutnya pemuda jadilah benteng UMNO negeri, jadilah pejuang benar benar pejuang...JADILAH JUARA RAKYAT...tapi lain pulak yhang berlaku..kembali kalut dok atuq sapa nak kerat sapa..kembali kalut sapa dapat projek apa..kembali kalut sapa orang sapa...persetankan semua itu...kembali fokus dalam cita--cita saudara dalam perjuangan....kursus dah pelbagai kursus dihadiri, wacana demi wacana dah tergarap....JADI BERPIJAKLAH PADA BUMI YANG NYATA..perjuangan kita sudahlah masih belum selesai malah masih belum benar-benar bermula....
sebenar-benar harapan majoriti rakyat negeri kedah masih ingin melihat kembali sinar kepada pada UMNO kedah yang mempunyai sejarah antara yang tergemilang..jadi terpulang pada kitalah umtuk tidak membiarkan sinaran itu terus malap tanpa pembelaan...BERHIJRAHLAH..selamat tahun baru 2010 dan salam maal hijrah 1431.
Apa pula peranan Pak Tuan selaku individu yang ada jawatan dalam UMNO. Adakah Pak Tuan mengambil sikap kepala tidak bergerak maka badan tidak bergerak, adakah pak tuan juga mengamalkan sikap kepala tidur maka badan tidur. Daalm kem BTN baru ini tentu pak tuan ingta istilah bila kepala rosak badan dan ekor juga rosak. Tetapi sebagai leher UMNO, tak kan Pak Tuan merelakan semua itu berlaku. Bertindaklah sebagai individu dalam UMNO.
Kalau pak Tuan tak setuju dengan kepala yang tidur, mamai, ayik bergaya dengan kereta besar dan ray ban besar, ketua tidak ada idea, ketua yang asyik duk ligan projek -- adakah pak tuan juga akan bersikap macam itu. masalah dalam UMNO sekarang dah lah kepala tak bergerak, badan dan ekor juga tak mau bergerak. kesimpulannya pak tuan, orang juga melhiata apa yang pak tuan buat... mulakan kerja dan jangan lupa bayar PPTN supaya ramai orang lain dapat faedah dari PPTN
saya setuju dengan komen cucu azizan...apa paktuan buat lepaih dah dapat jawatan , dengar kata la ni kalau ada ahli tegur pun tak leh terima...paktuan ni pun lebuh kurang pemimpin UMNO lain juga la , masa nak jawatan macam-macam janji lepaih dapay haram apa satu pun tarak...
setuju sangat la dengan komen kat ataih tu,maklumlah paktuan ni bukannya matang sangat dan tak pengalaman nak jadi ketua,maksud nya pemimpin,lagipun paktuan ni tak penah rasa hidup susah , so macam mana nak tau kesusahan orang bawah , tu sebab dia pandai tegur orang tapi tak pandai nak pimpin orang , orang macam paktuan ni lebaih baik jadi orang gomen jer tak payah jadi ketua masyarakat
salam....terlebih dahulu baguih la...ada sifat tegur menegur kepada para pemimpin ni...aku pun setuju dan aku sebagai salah sorang ketua pemuda cawangan berasa bangga kerana ada orang yang berani menegur pihak atasan ni...tp aku nak tanya hampa balik la...yang hampa duk tuduh paktuan tak buat keja aku tak percaya langsung....sebab pa aku dah ikut banyak program pemuda bahagian alor setar...dan dialah orang paling banyak turun padang buat keja...yang lebih sedihnya...sokongan dari pemuda sendiri yang lemah...sampai program yang dijemput pun hampa tak mai...lepas tu hampa kata mcm-mcm...sudahlah ubahlah sikap saling mengata ni....cuba turun apabila kita dpt jemputan dari pemuda bahagian buat program, daru kita tau depa buat keja ka dak...kalau duk mengata saja sampai bila pun bangsa kita akan tertindas....wasalam/....
alhamdullillah dan terima kasih atas teguran dan pandangan saudara2...rupanya masih ramai yang sayangkan paktuan dan menunggu penulisan baru,biarlah apapun pandangan saudara terhadap paktuan, apa yang paktuan rasakan dalam kehidupan dan perjuangan tiada noktah dan pengakhiran,dari semasa ke semasa iltizam dan tekad wajarlah dipertingkatkan dan diperbetulkan....tapi harus diingatkan kenikmatan perjuangan hanya akan dinikmati oleh mereka yang benar benar kenal dan bersama dalam sesuatu perjuangan....jika tidak, maka janganlah kita menyatakan sesuatu yang belum tentu kita mampu lakukan,bagi paktuan apa yang terdaya telah cuba dilakukan tapi jangan pula kita mudah berpuas hati dengan kerjaan kita...dari semasa-kesemasa haruslah kita tingkatkan...
tapi wahai anynomous2,adakah kalau teguran2 yang dibuat mampu saya betulkan dan menidakkannya dengan fakta dan penjelasan yang tepat itu dianggap tidak boleh menerima teguran??? atau anda sendiri yang berasa malu dan terus menidakkan kebenaran??....sesiapa sahaja berhak menegur saya tapi janganlah lupa bahawa saya juga berhak menegur saudara...
cucuazizan, saya begitu hargai pandangan saudara mengibaratkan saya sebagai badan tanpa kepala...apa yang mampu pergerakan badan lakukan adalah mengnakhoda bahagian lain agar seiring dan tidak pincang langkah urusnya, jika kepala kelain badan kelain maka rosaklah irama gerak tari manusia...jadi tanggungjawab saya adalah mengembalikan kepala pada tempatnya secara berhemah bukannya masa yang sesuai untuk badan mendahului kepala yang tersimpang dari fitrah manusia...badan tetaplah badan, kepala tetaplah kepala....
waima apapun...sama-samalah kita berpesan demi kebaikan bersama...
ish ish, ini lah umno bila yang bawah asyik nak tarik yang ataih turun adalah pula yang ataih sampai takmau turun turun...tapi kalau tengok kommen semua pada paktuan ada kata dia tak baguih, ada kata dia baguih...biasalah politik, tidak semua orang akan suka kepada semua orang tapi aku rasa dia ni ok ja, cuma kadang-kadang kita ni tak pandai tengok lagumana org buat kerja, pak tuan ni kalau dia kata dia nak tolong dia tetap akan tolong...sebagai ahli pemuda aku rasa paktuan lah org yang paling dekat dan mudah kita dekati kalau sembang ngan dia, dia ni tak sombong dan pandai bawak diri, dia bercakap bila perlu dan diam bila tak perlu, ajk ajk pemuda, bahagian dan puteri pulak aku tengok cukup mudah berurus ngan paktuan ni dari lain, yala kp kita sibuk jadi exco jadi paktuan nilah dok jadi pakar rujuk.
semangat politik paktuan ni aku tgk lain skit, dia suka menghamba diri kat org dalam tak sedaq..tapi aku nak ingatkan paktuan jaga2 jangan terlalu menghamba diri..dalam pak tuan dok hamba pun depa dok taruk,tapi aku tau yang dok taruk ni depa ni pun tak tera mana..kalau yang tau paktuan dia tak taruk, apa apa pun paktuan berkerjalah bersungguh..kalau ada sorang tak suka jangan lupa ada 10 orang lagi yang suka...chaiyokkk
saya puteri loqstaq setuju ngan orang kita, kami puteri memang sokong paktuan..sebab saiz ketua kami sama yang paktuan..wakakaka, sori atun n paktuan melawak skit
Puteri ayu,
patutlah letih tengok pemuda dan puteri alor setar... nasib baik bila tengok puteri ayu plak cerah biji mata
salam hijrah dan salam satu malaysia lama tak baca komentar paktuan , ok la tu komen pembaca pun boleh tahan
apa-apa pun buat lah keje dan jalankan tanggungjawab
kalau sebagai pimpinan tanggungjawab pimpinan kalau ahli akar umbi tanggungjawab akar umbi
yang penting sama-sama fikir cam mana nak kuat UMNO
PEMUDA UMNO KEDAH mana pi????? PEMUDA UMNO ALOR SETAR mana pi?????????
jangan pandai kritik saja nooo!!!! bin shahab , tunjuk hang punya kerja buat dulu laaa.!!!.aku dengar kata hang pun tak buat apa kat alor setar
aku cabar hang bin shahab buat satu program yang boleh mai geng-geng pemuda alor setar lebih ramai daripada geng-geng ajk pemuda alor setar hangpa
Semperna dengan tahun hijrah dan semangat hijrah, biarlah kita bersangka baik dan memberi peluang kepada pak tuan untuk bercakap apa diperkatakan (walk the talk). buktikan pak tuan bukan macam ketua pemuda kedah dan ketua pemuda bahaian alor setar. buktikan pak tuan adalah pemimpin yang hebat yang boleh merencanakan program sendiri dan pak tuan bukan seperti pahat yang tunggu di ketuk.
sekali lagi kepada pak tuan, ingatlah banyak mata yang melihat apa yang pak tuan mampu lakukan dan banyak yang sudi menolong pak tuan, cuma yang perlu dilakukan pak tuan bergeraklah daripada zon selesa. kalau pak tuan gagal juga selepas diberi peluang, baik pak tuan bawa usul bubar sahaja AJK pemuda umno kedah dan AJK pemuda alor setar
nampaknya pemuda umno ini tidak boleh ditegur mahupun dikritik...cubalah mengangap kritikan sebagai sesuatu yang membina bukanlah sesuatu yang negatif semata-mata...kita berpesan sesama kita....
kekadang pembaca telah menyalah anggap cadangan dan pandangan individu...adalah menyalahi fitrah jika anak mendahului bapa, sebaiknya bapa yang mengajar anak....
tidak pernah dalam penulisan saya bermaksud mengkritik membawa sifat memusnahkan cuma apa yang saya garapkan kami pemuda bahagian memerlukan ultimatum dan directive order bimbingan dari pemuda negeri kerana saudaralah wala pemimpin kami...saya percaya pemuda pemuda bahagian masing-masing menjalankan tanggungjawab diperingkat bahagian secara terus, akan tetapi apa yang cuba saya perkatakan kita tiada gerakan bersepadu secara bersama itu sahaja...jadi janganlah mudah melenting..menempelak kembali dia ni tak buat kerja orang itu tak buat kerja...jadi marilah kita bersama berusaha..mulakan penghijrahan bersama.
cucuazizan, janganlah kerana kritikan yang tak seberapa..kita menuntut kehebatan seseorang, kerana bagi saya penulisan yang ditulis bukanlah untuk bertunjuk2 dan menyatakan kehebatan sesiapa..apa yang diharapkan dengan semangat tahun baru ini sesuatu yang lebih baik dapat berlaku dimasa mendatang...bersamalah kita mengharunginya...
Salam semua...
1. Saya tertarik dengan entry "hijrah" yang Pak Tuan tulis kali ni...tertarik sebab "teguran" dalam penulisannya ini telah membuat ramai PEMUDA UMNO Kedah "MELATAH"! Hehehehe...kena tegur sikit...terus melatah...kena jentik idung sikit...terus melatah? Maknanya apa yg Pak Tuan kata tu "kena tepat ataih batang idung sendiri" ke? hehehhe...saya no komen...pandai2 la ukur badan sendiri...hehehe..
2. Bila sebut pasai "ukur pada badan sendiri", maka teringatlah saya akan kisah "bangau oh bangau"...bila kena tegur, terus melatah dan attack individu yang tegur tu...bila Pak Tuan teguq sikit...terus attack Pak Tuan tak hengatttt punyaaa...hehehhe...cuba bertenang dan fikir dalam2...cuba focus to issue..Pak Tuan cakap pasai Pemuda UMNO...sedangkan dia sendiri pun Pemuda UMNO jugak...maksudnya, DIA TEGUR TU BUKAN HANYA KEPADA PEMUDA UMNO JUGAK, DIA JUGA TEGUR DIRINYA SENDIRI...at least dia bermuhasabah diri dan cuba untuk ber"hijrah"..sedangkan yang memberikan komen "mengutuk" & "menghentam" Pak Tuan itu masih belum berubah2, sebaliknya terus menerus menyalahkan Pak Tuan tanpa memerhatikan diri sendiri...apa pula tindakan dan jasa kamu demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu? Eloknya bermusahabah diri sendiri..."suluh" diri sendiri dulu...Pak Tuan hanya mengingatkan diri sendiri dan tuan2 semua...salahkah dia berbuat demikian?
3. Sorry to say...Saya sendiri "sedih" dengan Pemuda UMNO Kedah. Kurang sepakat, still "No WOW factor", masih "lena" bermimpikan jawatan dalam UMNO, kurang aktif, dan masih tidak membuka minda untuk berjuang demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu...hatta PUB & Karaoke tumbuh melata di Kedah pun, masih tiada "telor" utk membantah...masih terkapai2 mencari isu tempatan apatah lagi diperingkat nasional...jauh dari prestasi yg dapat dibanggakan berbanding di Selangor dan Perak..Pemuda UMNO masih malap..apakah Pemimpin2 Pemuda UMNO yang diberikan jawatan masih "buntu" utk melaksanakan strategi? Mana brainstorming? mana perlaksanaan? Ampehhh...Saya syorkan agar semua ketua2 Pemuda bahagian berhimpun secara "informal" dan fikirkan tanggungjawab utk mengembalikan kekuatan UMNO di Kedah...ada berani? Kalau tak berani, simpan saja "telor" tu dalam freezer...hehehhehe...
4. Jika nak dibandingkan Pemuda UMNO sekarang & Pemuda UMNO dizaman Jaafar Albar/Dato' Harun...jauh panggang dari api! Pemuda sekarang tiada semangat membara demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu macam zaman dulu..Pemuda sekarang lebih tertumpu kepada semangat "ligan jawatan" & duit..kalau tidak, takkan KJ boleh menang...oleh itu, kami sedang giat memberikan kesedaran kepada akar umbi Pemuda utk menolak Pemimpin Pemuda "Opportunist" sebegini....Jadi, jangan haraplah akan "terpilih" on next PAU...kalau nak terpilih, sila ber"hijrah"...dan kami bukan bodoh utk tidak tahu menilai sama ada hijrah itu "genuine" atau "lakonan" semata...
akhir kata...selamat berhijrah demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu yang semakin di"cabul" oleh PR...kalau ada "teloq", sila pertahankan...tapi kalau "takdak teloq", sila cukur bulu kaki, misai & janggut, lepaih tu tukaq pakai skirt & baju kurung moden...hehehehehhe....
Salam paktuan,Sebagai sekadar pembaca, nampaknya tulisan paktuan mmg ada peminat.Kritik yang baik harus diterima dan kita jadikan ianya sebagai satu garis panduan.
Anonymos:Sungguh senang kita bercakap bila kita berselindung nama dan sungguh sedap kita mencabar bila boleh sembunyi tangan.TETAPI saya sebagai bukan orang umno dan hanya rakyat jelta,mmg nampak paktuan berusaha, bukan baru,lama dah. di kampung,di tempat orang susah dan biarpun di tempat jauh. Sebagai leader, saya selalu perhatikan dari jauh, ada potensi tetapi komen sdra tiada asas, kalau nak cabar program,maka cadangkan programnya dan sama diusahakan,sampai bila kita nak jadi mcm ni?pandai kutuk,cabaq dan bila ada yang cuba mengubah kita tarik turun,aisey man,be a man.stand up and fight for what u bealive in,jgn sembang dan bawak orang turun.Setahu saya,paktuan dah ada HQ untuk berdialog dan bergabung tenaga untuk memajukan pemuda dan setrusnya kembalikan BN di Kedah, tapi 1 cawangan apa boleh bikin,kalu lagi 14 asyik dok cari sebab nak tarik turun atau tunggu habuan aja.Mari bergabung
cucuazian: komen anda ada benarnya tetapi seprti komen atas,tak sempat mula dah mintak bubar AJK, semangat apa ni?kalau dulu orang lama UMNO mcm ni,tak merdeka la kita atau worse jadi mcm Singapore la kita ni. baru tegur sikit,mintak kawan kawan bangun dan bersama lawan dah melompat suruh bubar,ungkit issue yang tak berkena dgnnya. This guy is trying, what are u doing?
paktuan:dari orang di jalanan di teruskan aja paktuan,biar depan bangun dan marah,mungkin dengan cara tu baru depa sedar.Bagi yang hangpa yang dok kutuk ketua ketua umno,puteri dan pemuda, satu aja saya ingin tanya:siapakah yang mengundi mereka dan siapakah yang meyokng mereka?bukankah anda anda sekelian?ahil-ahlinya?kalau dalam tu pun tikam menikam mcm mana nak menang PRU13? masanya sekarang dan masanya tepat.
paktuan:samada paktuan ahli UMNO ka Pemuda ka apa ka,niat untuk membangunkan pemuda itu saya sokong dan sekiranya pemuda UMNO turun ke padang maka kami pun bersedia untuk turun bersama. Teruskan..kami menunggu tulisan mu.
Adoi,sedihnya...mengapa jadi mcm ni?jangan la jadi ibrat ketam. bila semua terkurung, ada seekor yang berjaya naik,habis ditarik oleh orang lain. Soalan yang ditanya memang betul?dimanakah pembangkang di Negeri Kedah?takan setakat tunjuk perasaan sikit dah kira ok?dimanakah putri?adakah kempen BN Menang Kedah Senang takat promo aja?hari tu gah bagai rak,lepas tu takat bagi teluq kat kenduri aja ka?Yang Kedah dok mandom tak mau nampak?Yang Kedah dok jadi pusat arak tak kira?yang exco semua tak tau dok buat apa tak lihat?Mana pembangkang?so dalam semua orang,ada jugak ahli yang sanggup menampilkan diri sampai sedar dan meniupkan semangat pada yang lain,begini ulasan dari ahli ahli UMNO yang lain. Cuba kita fikirkan sejenak.fikirkan apa yang ditanya oleh binshahab dan bukan apa yang boleh kita cari untuk merosakan dia,kiranya berjaya.Mungkin kita akan berjaya.
PSI master,
i also like to ask, what they are doing @ are they doing so great
Cucu:All great things start with small steps,if one of us is brave enough to start it then others will follow.Looking at history,if the idea to ask for merdeka was shot down from day one then what would we be today?instead,i am sure our late fathers ssat down and brainstorm and pushed for it. That is how great things happen. This i guess with paktuan would be the start and for us to support and give our ideas. Do let me pick ur brain cucu, what would u consider a great program?a program that would bring back the youth to the cause and wake up the sleepy heads and enlighten our so-leaders.
In all actions,planning must be done,if our adversaries, are planning and excuting then we must also do also
I cannot agree more with ur opinion, PSI master. hakikatnya di luar sana mereka yang sayangkan UMNO gelisah melihat tiada tindakan yang dilakukan umno kedah. bn menang kedah senang tidak nampak tindakan susulan selepas dilancarkan. sudah dekat 2 bulan dilancarkan, satu petanda tindakan pun tidak kelihatan.
sehebat mana pun pelan tindakan tidak akan berjaya sekiranya tidak disusuli dengan gerakan yang bukan sahaja nampak hebat tetapi impaknya juga besar.
penyokong umno mahu melihat umno keah berjaya.
secara jujurnya pemuda umno kedah perlukan ketua yang lebih inovatif, kreatif dan berani bertindak.
walaupun pak tuan hanya tibalan peringkat bahagian beliau boleh memainkan peranan yang besar, dan bukan setakat terbatas di bahagian. percayalah pak tuan pasti dapat sokongan kerana ahli pemuda kedah menantikan gerakan dan pemimpin yang mampu berbuat sesuatu yang hebat.
Cucu:Thank you for comment,i agree with you, dah 2 bulan tapi masih sunyi,ingatkan lepas rasmi BN Menang Kedah Senang, dapat tengok perubahaan tapi masih senyap,banyak bahagian bergerak sendirian, hari tu Anwar mai pun tak dak satu bahagian yang counter attack.
Paktuan:mcm kata cucu,walaupun jawatan tu tak seberapa tapi semangat paktuan tu yang penting dan ada ura ura kata paktuan dok planning something big so kalau perlu sokongan,saya tetap membantu. Biarlah paktuan dukong harapan dan moga dapat digabungkan dan dihidupkan semangat Pemuda yang bersatu dan gagah.Jom ambik balik Kedah!
All great things start with small steps,but for your information PsiMaster they even not start any step foward,still with old method on doing thing.
they don't have any creative ideas on how and if they got the ideas from members of UMNO they didn't no how to implement it.
and if members of UMNO try to implement they scared of their status. These what was happened,
salam paktuan,apa2 pun kita perlu keluar dari zon selesa sekarang.now or never..terlalu banyak bola tanggung yang diberikan oleh kerajaan PAS tapi kita masih belum dapat libas dengan baik..walau apa jua komen dari pembaca,satu saja saya minta..gerakkan lah jentera secara lebih bersepadu..konsisten dalam membawa isu..jgn sekadar melepas batuk ditangga..memang byk program yg paktuan dan pemuda alor setar anjurkan..terbaru kursus jentera berat..syabas untuk pengerusi BIro Ekonomi saudara Syed Hafiz..tapi itu sekadar membantu anak muda melayu kita..saya tak mau setuju atau tidak dengan teguran PakTuan..apa yg saya nak seru ialah Pemuda UMNO negeri harus lebih proaktif dalam usaha menawan kembali keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN..bagi pandangan saya belum nampak lagi seorang individu yg berpengaruh dalam UMNO Kedah keseluruhannya seperti negeri lain coontohnya selangor dengan NOH Omar yg lantang mengkritik pakatan pembangkang sehingga pkr Ijok pun bubar..beliau sanggup bertegang leher dengan ronnie liu (sila kunjungi laman www.gerakan-anti-pkr.blogspot.com.)Inilah tokoh yang kita perlukan dalam UMNO kedah..isu sampah apa yg UMNO buat..habuk pun tarak..Pemuda Negeri perlu mainkan peranan bukan sekadar membiarkan pemuda bahagian saja terkapai-kapai..berikan tugas-tugas tertentu kepada kepada mereka.kepada yg mengkritik paktuan kenal lah hati budi beliau..kalau beliau nak dok senang takperlu jd pemimpin pemuda bahagian yg kena buang masa bertugas di firma guaman beliau kerana terpaksa turun membantu mangsa banjir,membantu mangsa kebakaran..kedudukan beliau sebagai kerabat sultan kedah dan anak tunggal lelaki bekas SUK Kedah sudah cukup untuk beliau mengejar kekayaan tapi percayalah beliau ikhlas untuk berjuang demi masa depan anak melayu..yg mengkritik tu cubalah rapat2 dgn beliau barulah kenal hati budi beliau..pls don,t judge book by seeing the cover..wassalam.
Betul tu kata anon dan cucu,bfr step have to dream then can go on,we cant sembunyi aje all the time and kritik aje,times kita pun kena bangun turut serta program atau usaha jika seperti dikata tiada implementasi hanya plan maka apa salahnya kita berusaha sama sama mengimplementkanya?(ada kat perkataan ni)anyhow,kalau ada idea bernas jangan la simpan dalam kain,meh kita share dan kalau yang dok tiduq tu kita tinggalkan aja,ambik yang baru,saya percaya ramai yang ingin membantu tapi saluranya aja takda,Ini peluang kita,tak semestinya kena ahli UMNO baru kena tolong,zaman dulu pun banyak yang bukan ahli tolong baru jadi ahli lepas berjaya so apa halanganya?apa yang buatkan kita lena dan dok asah tidak apa punya budaya.Contoh:apa kata 1 hari dalam sebulan semua kita berkumpul dan do somthing,gotong royong ka,tolong orang susah ka apa ka, boleh?tak susah kira budget atau sponsor, just 1 day in 1 month.semua in UMNO colors let alor setaq knows that UMNO,PEMUDA,PUTRI&WANITA masih ada,takyah dok tunggu VVIP atau menteri mai baru nak melaram,just 1 day in 1 month for the rakyat becoz in the end bukan ka kita ni pun rakyat jugak?
Lanjutan dari cadangan PSI master, aku nak cadang perkara beikut kepada Pemuda Alor Setaq.
1. Sama seperti PSI master, sebulan sekali buat program hari terbuka bersama rakyat di mana-mana kawasan dan himpunkan pelbagai jabatan dan agensi untuk menyelesaikan masalah rakyat.
2. Pak tuan wujudkan khidmat nasihat perundangan secara percuma. buat klinik perundangan.
3. Buat pusat aduan orang ramai kerana dalam banyak kes orang ramai, terutama orang kampung, tidak tahu mengadu dan takut tengok pegawai kerajaan yang kedekut dengan senyuman
4. wujudkan task force untuk bencana, etc- banjir, kebakaran, ribut. bila ada saja bencana gerakaan task force ni. bagi latihan secukupnya bagaimana nak handle situasi sesuatu keadaan
5. buat kursus motivasi untuk pelajar.
6. bantu anak muda dapatkan pekerjaan (job matching)
7. buat aktiviti untuk pelajar yang duk tunggu spm dan stpm
8. buat pogram jalinan dengan universiti.
9. buat kursus public speaking kerana ramai yang gagal berucap dengan baik
10. jadi champion isu, ada sahaja isu bersuara
.. nanti tambah lagi
aku tambah kemudian....
Cucu:This is what we talking about,BERNAS!
Paktuan:The ball is in your court.
Lets make it happen.
This can be done, nampak susah tapi tak susah sangat.this will surely bring about the change and mulakan semangat baru.
alhamdullillah...pandangan rakan-rakan pembaca paktuan rasa banyak yang berinfomasi dah mempunyai idea idea yang bernas...saya amat tertarik dengan cucuazizan insyaallah saya akan cuba usahakan mana-mana idea yang baik, tapi sudah ada cadangan-cadangan saudara yang telah terlaksana cuma mungkin dalam scale atau ukuran yang kecil..insyaallah kita akan pertingkatkan dari masa ke semasa...tapi apa yang diperlihatkan oleh saudara-saudara semua adalah satu sifat sayangkan umno dan penuh berharapan bahawa umnolah wadah perjuangan yang sebenar-benar untuk perjuangan agama bangsa dan negara.
cucu dan pembaca-pembaca lain diharap nantikanlah apa jua program yang akan dilaksanakan kerana saya sesungguhnya memerkulan sokongan dan dokongan dari semua pihak.