ustaz azizan sudah pening,luah mati bapak telan mati anak...semuanya kerana babi kampung berjaya...sebulan yang lalu ustaz azizan sendiri keluarkan arahan bertulis menangguhkan perobohan rumah babi tersebut..dan atas tekanan rakyat khususnya pendduduk kampung berjaya..akhirnya terpaksalah jugak rumah babi perobohan pun terlaksana apa yang pasti kesannya DAP komunis ni telah keluar dari kerajaan kedah...bagi pak tuan sekarang lihatlah siapa yang kurang ajar dan tidak menghormati rintihan rakyat, sekarang sandiwara DAP pun atas kekuasaan yang maha esa telah menunjukkan sifat sebenarnya..DAP sebenarnya menunjukkan bahawa apa yang berlaku di perak bahawa dato seri nizar sebagai boneka adalah benar belaka dalam kerusi nya di kedah hanya satu sahaja pun mereka cuba untuk menguasai keputusan MB kedah inikan pula di perak...apa yang pasti pakatan rakyat ini hanyalah satu gimik dan retorik politik sahaja...tiada satu persefahaman pun antara mereka dalam membawa apa apa keputusan untuk diterjemahkan kepada rakyat.
bagi pas, dalam isu babi sudah tersilap lamngkah dari awal lagi kerana...rakyat kedah khususnya telah menekan kerajaan dalam isu kampung tok bidan yang telah dirobohkan tanpa perikemanusiaan sedangkan rumah babi tersebut telah ditangguhkan sehinggalah semalam..jadi untuk menutup pekung sendiri mau tak mau kenalah roboh jugak walaupun tentangan hebat dari DAP...apa yang pak tuan lihat disini...jadilah mereka yang dikendong tak dapat..yang dikejar berciciran.....
bagi semua rakyat...jangan trus bersorak dengan kejayaan rumah babi dirobohkan...jangan kita terus dikaburi dengan tindakan ini kerana sebelum daripada ini nasib penduduk kampung tok bidan telah dibiarkan berkubur..mereka ibarat melukut di tepi gantang..gara-gara ijtihad ulamak yang bergelar ustad azizan ini...
p/s; benci dengan dengan hipokrasi bertopengkan laungan hidup rakyat
SELOKA BABI.
Seloka kali ni pasai babi
kisah terjadi di negeri sendiri
cerita dah riuh serata negeri
babi pula menjadi selebriti.
Dalam surat khabar atau di tv
berita disiar berulang kali
dalam internet riuh sekali
dahsyat lagi di kedai kopi.
Ada yang kutuk ada yang keji
ada yang puji ada yang maki
ada yang meloko berdiam diri
pasai dah dapat makan free.
Pasai babi kena ambik peduli
jangan dok hebat atas kerusi
silap haribulan tak dapat undi
kalah pilihanraya teriak balik guri.
DAP marah anjur demontrasi
sanggup berjemur di panas matahari
tenguk FRU mai dengan lori
depa tak hairan pasai dah mangli.
Dari pagi sampai tengahari
DAP dok halang tak bagi jadi
pekerja MBAS tak ambik peduli
pasai tak ada arahan MB.
Arahan Tilong depa patuhi
pesan Mat Cik Nai jangan lari
kalau kali ni pun kerja tak jadi
salah seorang mesti gila babi.
Jengkaut tak kira kayu dan besi
Habis disodok menyembah bumi
Bulldozer tolak himpun ke tepi
kering nanti boleh cucuh api.
Tamatlah sudah isu sensasi
penduduk sekitar senang hati
masuk tidur semerbak wangi
bangkit pagi pun tak bau babi.
Cuma DAP berkecil hati
ungkit habis perangai MB
apa diminta semua tak bagi
buat DAP macam anak tiri.
PAS buat onar dah banyak kali
DAP kata tak boleh jadi
lalu merajuk membawa diri
keluar pakatan kerana babi.
DAP sangka MB nak simpati
rupanya MB cukup keras hati
macam halau suruh pi lagi
pasai DAP tak kenang budi.
Dahsyat jugak isu kali ni
hebat dari selsema babi
pemimpin PAS tak sedap hati
takut hilang lagi satu negeri.
Azizan kata bergaduh laki bini
hari ini lari esok balik lagi
Anwar Berahim tumpang sekaki
salahkan media bagi publisiti.
Cerita seloka tak habis di sini
banyak lagi isu sensasi
salah silap harap diampuni
di lain ketika berjumpa lagi.
Pak Ku Shadat sudah pun mati
moga rohnya Tuhan rahmati
Cucu Tok Nadoq jadi pengganti
seni warisan sama dihargai.
Dari kepala otak:-
Ekeng a/l Etong
Cicit Tok Nadoq
2 Julai 2009.
pirah....
hangpa semua orang buat xbetui.
hangpa hangpa tu betui ka?
dah pas roboh tempat sembelih babi tu, sudahlah. dok mengata apa lagi. berapa puluh tahun dah tempat sembelih tu dok ada kat situ, haram bn xreti2 nak roboh. bila pas roboh, dok fitnah dan mengata mcm2. patut kita sama2 islam sokong roboh tempat sembelih babi tu, tapi dak. apa laa. pi cari isu lain la.....
*tambak bunga boy
isu kg tok bidan dan isu tempat sembelih babi ni lain....apa punya isu la pemuda UMNO buat ni...come on matang sikit dalam bab politik...pi turun kebawah berdamping ngan akar umbi lagi baik daripada dok buat isu yang sensitif kat orang-orang melayu...ni la yang orang melayu meluat kat PEMUDA UMNO ni...isu yang tak sepatutnya diputarbelitkan/heboh...
Ingat....dasar pejuangan UMNO untuk kepentingan orang-orang melayu....bukan mca dan gerakan...selama ini ada china ambik hati kita orang-orang melayu...ini kita pulak nak pi ambik hati depa...come on la pemuda UMNO, dah berapa lama orang-orang melayu kat kg berjaya tu merana kerana babi tu....kita pi sokong china pulak...walaupun nak ambik hati china bukan camtu la....orang china pun tak mau pindah tempat tu pi kat kg depa..Pemuda UMNO sokong kekal kat kg orang melayu pulak ...apa ke hei nyer ni.................
kepada tambak bunga boys and aktivis songsang...
sebagai umat islam kita menyokong perobohan rumah babi tersebut,tidak ada dalam tulisan pak tuan kita meyokong supaya ianya kekal...cuma hampa ni tak faham apa yang org tulis..apa yang pak tuan tulis tu menghentam pakatan rakyat yang nama saja pakatan rakyat tapi tak pakat pakat pun...DAP mb dah suruh roboh yang depa dok lawan lagi buatpa...menunjukkan tiada sefahaman la antara mereka tu, itu yang saya tulis cuba baca betui betui dan faham sahih saudara tbk bunga boys ni tak reti baca penulisan ni...spm bungkuih perasan ni...hehe,
yang si aktivis songsang ni pun satu...u tau ka apa cerita kampung tok bidan?? untuk pengetahuan tuan memang berbezala satu babi..satu lagi orang melayu cam tok ang la...tapi tindakan sepatutnya diambil oleh MB kenalah adil...kenapa kampung tok bidan di perambat org-org kampung tanpa belas kasihan dan perikemanusiaan...yang tang babi boleh pulak tangguh sebulan...??kalaulah pak tuan dan rakyat tak bising silap-silap tak roboh lagi tu...
lain kali fahamilah isu sebelum lontaran idea dibuat ya cik tambak bunga n aktivis songsang..
Blah la lu