ANTARA DUA DARJAT: PERKAMPUNGAN BABI DAN PERKAMPUNGAN TOK BIDAN

Kampung Tok Bidan adalah di antara beberapa kampung lain yang tertakluk kepada pengambilan balik tanah oleh Kerajaan Negeri melalui agensi PTG Kedah pada tahun 2004.

Pengambilan balik tanah tersebut adalah bertujuan untuk membina sebuah pusat Pengajian Tinggi Islam. Badan Korporat yang terlibat dibelakang pengambilan ini adalah Bukari Realty Sdn. Bhd yang dipunyai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary.Atas nama kemaslahahan ummah, pembangunan negeri kedah khususnya bandaraya Alor Setar projek ini amatlah dialu-alukan. walau bagaimanapun, proses pengambilan balik hartanah tersebut telahpun melalui beberapa siri prosedur-prosedur yang agak janggal.

Pada mulanya pihak PTG pada peringkat inquiry telahpun menetapkan harga pengambilan balik hartanah tersebut pada kadar harga RM 14.70 k/p. Menyedari akan harga ini yang agak tinggi bagi mereka mula membuat perkara tertentu bagi maksud untuk mengurangkan harga pengambilan hartanah tersebut. Di antara terdapat campurtangan tertentu dan akhirnya harga pengambilan balik hartanah tersebut telah dikurang kepada RM7.00 k/p di peringkat pejabat tanah dan galian (PTG) pada waktu inquiry. Sedangkan sebelum daripada itu, harga pengambilan balik tanah dilokasi yang sama telah diputuskan pada harga RM14.70 k/p. Tidak berpuashati dengan tindakan tersebut, kesemua pemilik-pemilik tanah berdaftar yang terbabit termasuklah pemilik-pemilik tanah Kampung Tok Bidan telahpun merujuk kes pengambilan tanah tersebut kepada Mahkamah Tinggi di alor Setar pada tahun yang sama iaitu tahun 2004.

Kes tersebut telahpun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 2007 dimana mahkamah telah mengarahkan agar pampasan dibayar pada kadar RM14.70 k/p. Apa yang menghairankan walaupun Mahkamah Tinggi telahpun memutuskan pada kadar RM14.70 sehingga kini Pihak Kerajaan Megeri masih lagi gagal untuk melangsaikan baki bayaran sebanyak RM7.70 di atas kenaikan harga tersebut. Apabila disemak agensi yang terbabit iaitu Bukhari Realty masih lagi gagal untuk mendeposit baki RM7.70 denagn pihak Kerajaan Negeri sehingga ke hari ini. Sepatutnya apabila terdapatnya perintah Mahkamah tinggi perintah ini seharusnya dipatuhi dan pihak berkuasa dan agensi terbabit seharusnya sepatutnya telahpun menjelaskan baki tersebut kepada semua pemilik-pemilik tanah terbabit.

Berbalik kepada kes di Kampung Tok Bidan, pemilik-pemilik berdaftar hartanah masih lagi belum menerima apa-apa bayaran sekalipun daripada pihak kerajaan negeri di atas pampasan pengambilan balik hartanah tersebut atas bayaran RM7.00 walaupun RM7.70 di atas kenaikan pada masa rumah-rumah mereka diroboh. Apa yang menyedihkan surat daripada pihak peguam kepada PTG juga dikeluarkan berhubung dengan permohonan penangguhan operasi perobohan, namun mereka tersebut telah memaklumkan berkenaan dengan perkara tersebut tetapi ianya tidak diendahkan oleh pihak PTG.

Perkara ini juga telahpun dibawa kepada pengetahuan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan sebelum daripada itu, melalui pelbagai benda NGO dan juga telah dibangkit di dalam beberapa siri perjumpaan dengan Menteri Besar. Kalau dilihat dari dasar undang-undang sememangnya penduduk-penduduk di Kampung Tok Bidan tersebut mempunyai hak yang sah disisi undang-undang untuk mendapatkan injuksi bagi menahan rumah-rumah mereka daripada diroboh berdasar kepada faktor-faktor disebutkan sebelum daripada ini.

Tetapi disebabkan mereka-mereka ini yang tidak celik undang-undang dan kos yang perlu berhubung dengan permohonan injuksi tersebut di Mahkamah menyebabkan mereka tidak dapat berbuat demikian. Melalui maklumat peguam yang berada di lokasi kejadian pada tarikh tersebut, pihak berkuasa operasi melalui Ketua Pegawai operasinya En. Rizal Dato wira Rasli dari PT Kota Setar memaklumkan mereka diberi arahan untuk meneruskan dengan operasi meroboh tersebut kecuali sekiranya mereka diserahkan dengan perintah injuksi atau arahan dari pihak berkuasa tertinggi negeri iaitu MB yang mengarahkan agar operasi tersebut ditangguhkan.

Terima kasih diucapkan kepada Y.B Dr Cheah Hai yang bermati-matian memohon M.B agar menghentikan operasi tersebut. Peguam juga telah menghubungi Pegawai MB saudara Sanusi yang juga kemudian telah datang. Akan tetapi, segala usaha untuk memohon agar operasi tersebut ditangguhkan atas dasar kemanusiaan tidak dihiraukan. Apa yang menyedihkan ,pegawai MB yang hebat itu, hanya datang membawa berita ini prosedur yang harus dilaksanakan jadi tiada kompromi..bayangkan hanya rumah-rumah itulah semata-mata rumah mereka dan mereka dihalau dari rumah mereka sendiri, barang-barang mereka dibawa keluar dan tidak tahu kemana hendak dibawa dan dihantar tanpa penyelesaian oleh kerajaan kebajikan ala Pas ini.

Alasan yang diberikan oleh Pegawai Operasi dan juga Pejabat MB, bahawa sekiranya operasi itu ditangguhkan di atas apa jua alasan sekalipun mereka akan tertakluk kepada siasatan oleh SPRM. Adakah ini logik ? Kalau sesuatu tindakan administrative itu ditangguhkan di atas alasan yang kukuh adakah ianya sesuatu kesalahan. Bukannya atas alasan kemanusiaan semata-mata penangguhan tersebut tetapi prosedur-prosedur tertentu juga tidak dipatuhi .

Kenapakah agensi terbabit masih juga meneruskan dengan kerja-kerja tersebut sedangkan baki harga pampasan tersebut masih lagi belum dijelaskan sepenuhnya. Apa akan jadi sekiranya agensi tersebut gagal untuk melunaskan baki kenaikan harga pampasan tersebut sedangkan pembinaan pusat pengajian tinggi tersebut telahpun siap dibina? .

Apa guna pengambilan untuk maksud awam sedangkan rakyat sendiri tertindas. Sudah sepatutnya pihak kerajaan negeri mengambil tindakan untuk menghalang agensi tersebut daripada meneruskan dengan projek tersebut selagi baki pampasan tidak dimasukkan sepenuhnya kepada pemilik-pemilik tanah tersebut.

Melalui siasatan yang dilaksanakan walaupun perintah telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi, tetapi baki pampas an tersebut masih lagi belum didepositkan dengan kerajaan negeri hingga ke hari ini . Tindakan ini juga tertakluk kepada siasatan SPRM.

Berbanding dengan isu yang satu lagi, iaitu berhubung dengan soal perkampungan babi(rumah penyembelihan) yang tak habis-habis memberi masalah kepada penduduk sejagat. di Kampung Berjaya, Jalan Putra berhampiran sungai kedah dan juga berhampiran dengan pasar besar Kampung berjaya .

Rumah penyembelihan babi ini adalah tertletak di atas tanah milik MBAS dan juga bangunan rumah sembelihan babi tersebut juga adalah milik MBAS. Adalah dimaklumkan bahawa operasi rumah sembelihan babi tersebut dijalankan secara haram. Perkara tersebut telahpun berlarutan semenjak beberapa tahun dahulu lagi dan tiada sebarang tindakan diambil ke atasnya.

Adalah juga dimaklumkan bahawa segala sisa-sisa babi juga turut dibuang ke dalam sungai kedah selain daripada pencemaran sisa babi yang mengalir ke dalam longkang yang berhampiran sehingga ke pasar Kampung Berjaya dan juga pencemaran bau sehingga ke kampung-kampung yang berdekatan. Daripada maklumat-maklumat tertentu, operasi untuk merobohkan rumah sembelihan babi tersebut telahpun ditetapkan pada tarikh 1hb Jun 2009 iaitu jam 2.30 petang. Sebelum daripada itu telahpun terdapat pelbagai rayuan daripada tauke-tauke babi tersebut dan juga ahli-ahli majlis sendiri yang terlibat dengan babi merayu agar pihak berkuasa MBAS tidak merobohkan rumah sembelihan bagi tersebut di atas dasar kemanusiaan memandangkan punca rezeki tauke-tauke babi ini datang dari operasi haram mereka dirumah penyembelihan babi tersebut.

Walaubagaimanpun kesemua rayuan-rayuan mereka ini tidak diendahkan oleh pihak berkuasa MBAS termasuk juga Dato’ Bandar dan juga EXCO yang berkenaan. Jadi persediaan untuk menjalankan operasi tersebut telah dibuat. Akan tetapi adalah amat mengecewakan bahawa pada saat akhir sebelum operasi tersebut dijalankan pada jam 2.30 petang, pihak berkuasa MBAS telahpun menerima surat daripada Pejabat MB yang ditandatangani sendiri oleh MB yang mengarahkan penangguhan perobohan rumah sembelihan babi tersebut. Penangguhan ini dibenarkan diatas alasan kemanusiaan. Kononnya untuk memberikan ruang kepada tauke-tauke babi ini untuk mencari tempat ganti.

Apa yang termaklum sebelum daripada ini notis telahpun diberikan beberapa kali oleh pihak MBAS kepada tauke-tauke babi untuk memindahkan operasi mereka ke tempat lain. Adakah notis ini tidak cukup? Sedangkan perkara yang sama yang diminta oleh penduduk Kampung Tok Bidan agar operasi merobohkan rumah mereka ditangguhkan bagi memberikan ruang kepada mereka untuk mencari rumah ganti. Tetapi ianya tidak dihiraukan oleh MB ataupun pihak berkuasa yang terbabit. Tetapi apabila babi jadi isunya, faktor kemanusiaan adalah terpakai. Agaknya faktor kemanusiaan berhubung dengan babi tidak tertakluk kepada siasatan SPRM ataupun mungkin SPRM juga menerima faktor penangguhan operasi atas dasar kemanusiaan disebabkan babi.
Walaupun isu babi sudah berlarutan sejak zaman BN lagi,apa yang dikesalkan walaupun kerajaan telah diambil alih oleh pas isu ini bertambah buruk, dimanakan idealism pas parti islam dan parti yang membawa pembaharuan,kebajikan dan kesejahteraan. BABI pula diutamakan.

Apabila isu babi muncul di Malaysia ianya seolah-olah kebal daripada apa-apa jua tindakan sehingga MB sendiri terpaksa tunduk dan akur apabila babi jadi isunya. Manusia tidak lagi penting dan penangguhan sudah tidak lagi boleh walaupun atas dasar kemanusiaan. Walaupun babi menimbulkan pelbagai masalah global, tetapi bilamana isu ini menyentuh kepentingan orang-orang yang mempunyai bisnes babi, ianya harus diutamakan.

Apa sudah jadi? Adakah tauke tauke babi ini telah menyogok kantung kantung derma pas sehinggakan mereka menjadi buta mata,buta hati, buta perut….inilah terjadi bila kuasa berada ditangan…jika gagal mengawal…jadilah mereka tamak haloba umpama kera yang mendapat bunga, kaduk naik junjung….syabas PAS dan PAKATAN RAKYAT.


KEDAH SEJAHTERA BABI
8 Responses
  1. Anonymous Says:

    tahniah!


  2. hang jebat Says:

    hai


  3. Anonymous Says:

    saja pun puak ni org nak merintah depa pun nak merintah...bukan nak bg senang rakyat...menyusahkan ada la.....pasai kandang babi...dulu bkn main kata kat kerajaan UMNO la ni depa lagi teruk.....janji manifesto dasyat tp apa yang depa buat....cuba pi parking kat alor star tak tentu hala silap2 kena lock tayar...maka kena bayar rm 100 on the spot....janji dulu parking free mana?????????? kata negeri islam tp kedai nombor ngan disco ada gak...yang berlambak duk pi org ISLAM.....apa nak jd.....


  4. budak mergong Says:

    HIDUP UMNO.....rakyat patut pikiaq dari mana asal usul depa.....dari malaysia x dak pa....sampai malaysia dah sampai ke peringkat antarabagsa sapa yang perjuangkan??? kerajaan PAS ka????? dan kepada pemuda-pemuda kerajaan mana yang mewujudkan bantuan untuk mereka belajar...jalan raya, pembangunan, ekonomi, dan sebagainya....so apa yang pernah diungkapkan oleh tun mahathir adalah benar MELAYU MUDAH LUPA.....kita sebagai org melayu harus bertindak segera kerana kerajaan PR cuba untuk menghapuskan hak-hak dan keistimewaan org melayu hanya kerana mereka cuma nak jd perdana menteri...sehigga sanggup menjanjikan dan memberi hak sama rata terhadap bukan dari gologan BUMIPUTERA...renungkanlah sejenak.......


  5. DukeOfUMNO Says:

    Bila tauke babi menjadi anak emas Kerajaan PR Kedah...rakyat tertindas pun depa dah tak ambik peduli dah...poket tauke babi lebih penting dari keperluan asas hidup rakyat Kedah! Itulah "kebajikan" sebenar PR Kedah!

    p/s: setiap kali pi market kg.berjaya, family aku terpaksa bau busuk bangkai babi PR nihh..memang cilakak!!!


  6. DukeOfUMNO Says:

    Bloggers di wilayah utara akan mengadakan sesi perjumpaan kali ke 2 dalam masa yang terdekat. Ramai bloggers utara yang telah mengesahkan kehadirannya seperti "Depakata", "RamliDAP" dan sebagainya. Butirannya adalah seperti yang berikut:

    Tarikh : 4hb Julai 2009 (sabtu).
    Lokasi : Sg. Petani Inn.
    Masa : 8.30 malam.

    Kepada sesiapa yg berminat sila "book kerusi" anda di bloggersutaraunion@yahoo.com sebelum 3hb Julai 2009. Terima kasih.


  7. PA"chinco Says:

    Assalamualaikum..I dah lama dok semak blog ni..Tahiah Pak Tuan..I dah syok nak joint comment blog ni.....I setuju sangat dgn komen budak mergong..pemuda-pemuda MELAYU sekarang kena sedar pembangunan yg dikecapi sekarang hasil dari usaha kerajan..MELAYU MUDAH LUPA yg diungkapkan oleh Tun Mhthir memang patut di lempar kpd pemuda-pemuda sekarang(BUKAN SEMUA).'MELAYU TAKAN HILANG DIDUNIA'. memang..tapi kita kena ingat 20 30 tahun lagi apa yg ada pada MELAYU???tanah org Melayu.. ekonomi org Melayu..pendidikan org melayu..Univeriti org Melayu..sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara....PAS??KEADILAN??silap-silap diaorg jual negara ni...p mampuih la....


  8. PA'chinco Says:

    I hairan sangat..dimana janji-janji yg dibuat pas dalam menifesto mereka dalam PRU12 yg lalu??I dapati paking masih lagi berbayar..pakai kupon pulak tu..ejen kupon 98% bagi kat org cina jual..tentu dapat komisen.. kedai judi belambak lagi..kata nak tutup kedai judi tak buat pun..permit judi diluluskan lagi..sama macam kedai arak..bertambah lagi..kelab malam dok ada lagi..apa?? VOX yg kat tepi restoran Salam tu..2 minggu I di Alor Setar..tiap-tiap malam I ada kat restoran tu..takdak pun serbuan dari mana-mana pihak..I rasa kerajaan Pas Kedah ada terima royalti dari tokey kelab tu...PakTuan..U sebagai org kuat no 2 pemuda alor setar..U naib ketua pemuda bhg alor setar kan.. I tau la..U kena buat sesuatu,mendesak kerajaan pas kedah tunaikan janji-janji mereka..kenapa pemuda bhg.A/S tak cukup kekuatan ke...rancang..lepas tu hebahkan I org pertama yg akan ikut serta...Hidup Melayu..Hidup UMNO


  • Followers